Search results for simptom terlebih zat besi

Kanser Hati

Kanser Hati

Kanser Hati

Kanser Hati

Punca dan faktor-faktor risiko Kanser Hati

Hepatocellular carcinoma adalah sejenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kebanyakan kanser hati. Jenis kanser ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki berbanding wanita. Ia biasanya dilihat pada individu yang berumur 50 tahun dan ke atas. Walau bagaimanapun, peringkat usia berubah-ubah di bahagian yang berlainan di seluruh dunia.

Penyakit ini lebih kerap berlaku di bahagian Afrika dan Asia berbanding di Utara atau Selatan Amerika dan Eropah.

Hepatocellular carcinoma tidak sama dengan kanser hati metastatik. Kanser hati metastatik bermula pada organ yang lain dahulu (seperti payudara atau kolon) dan kemudian merebak ke hati, manakala, sel kanser pada penyakit Hepatocellular Carcinoma sememangnya berasal daripada hati, bukan dari organ lain.

Dalam kebanyakan kes, punca kanser hati ialah „parut“ pada hati (cirrhosis/sirosis). Sirosis boleh disebabkan oleh:

-Penyalahgunaan alkohol (punca yang paling biasa di Amerika Syarikat)
-Penyakit autoimun hati (juga berpunca dari Crohn’s disease)
-Hepatitis B atau C jangkitan virus
-Keradangan hati jangka panjang (kronik)
-Masalah terlebih zat besi di dalam badan (hemochromatosis)

Pesakit yang menghidap hepatitis B atau C mempunyai risiko kanser hati walaupun tidak menghidapi sirosis hati.

Simptom-simptom Kanser Hati

-Sakit perut, terutama di bahagian atas kanan
-Mudah lebam atau berdarah di mana mana bahagian badan
-Abdomen menjadi besar (perut membuncit)
-Kulit kuning atau mata kuning (jaundis)
-Tanda tanda yang terdapat pada ujian fizikal
-Pemeriksaan fizikal boleh menunjukkan hati yang besar (melalui kaedah percussion dan auscultation“.

Ujian termasuk:
-Pemeriksaan Abdomen CT
-Ultrasound abdomen
-Biopsi pada hati
-Ujian enzim hati (ujian fungsi hati)
-MRI hati
-Serum alpha fetoprotein (sejenis hormon untuk mengesan kanser hati)

Kanser Hati

Hirisan Hati Akibat Kanser Hati

Gambar di atas menunjukkan imej hirisan hati (needle biopsy). 2/3 bawah menunjukkan sel kanser (metastasis) manakala 1/3 atas adalah normal.
Gambar dari: Wikipedia

Sesetengah pesakit yang berisiko tinggi boleh menjalankan ujian darah dan ultrasounds yang berkala bagi melihat sama ada mereka bebas dari kanser mahupun tidak.

Rawatan Kanser Hati

Pembedahan agresif atau pemindahan hati merupakan kaedah rawatan yang berjaya merawat tumor yang kecil atau tumor yang membesar dengan perlahan jika didiagnosis awal. Walau bagaimanapun, banyak pesakit didiagnosis berada pada peringkat kanser yang sudah lanjut.

Kemoterapi boleh dijalankan terus kepada hati dengan menggunakan kateter, walaubagaimanapun ia tidak mampu menyembuhkan penyakit. Rawatan radiasi di kawasan kanser juga boleh membantu. Walau bagaimanapun hati yang sudah ber“parut“ menyebabkan radiasi dan kemoterapi menjadi semakin sukar untuk dijalankan.

Sorafenib tosylate (Nexavar), adalah merupakan ubat oral yang menghalang pertumbuhan tumor. Ia kini diluluskan untuk pesakit yang menghidap hepatocellular carcinoma yang sudah teruk.
Jangkaan jangkahayat (prognosis)
Pada kebiasaannya, hasil rawatan adalah amat tidak memuaskan, kerana hanya 10 – 20% daripada karsinoma hepatocellular boleh dibuang sepenuhnya menggunakan pembedahan.

Jika kanser itu tidak boleh dikeluarkan, penyakit ini biasanya membawa maut dalam tempoh 3 – 6 bulan. Namun, kadar untuk terus hidup boleh berubah ubah, kadang kala, seseorang itu boleh bertahan lebih lama daripada 6 bulan

Komplikasi Kanser Hati (hepatocellular carcinoma)

Pendarahan usus dan perut
Kegagalan fungsi hati
Merebaknya sel kanser (metastasis) ke organ lain

Pencegahan
Mencegah dan merawat virus hepatitis boleh membantu mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser hati. Vaksinasi hepatitis B sewaktu zaman kanak kanak boleh mengurangkan risiko kanser hati pada masa mendatang.

Elakkan minum alkohol. Banyak pesakit boleh mendapat manfaat daripada ujian saringan penyakit hemochromatosis.

Jika anda mempunyai penyakit hepatitis kronik atau sirosis yang diketahui, pemeriksaan berkala dengan ultrasound di kawasan hati atau pemeriksaan tahap fetoprotein alfa dalam darah boleh membantu mengesan kanser hati lebih awal.

Tag: Kanser Hati

 

Incoming search terms: