Search results for pembedahan jantung berlubang pada bayi

Tiga budak jantung berlubang rayu bantuan

Tiga budak jantung berlubang rayu bantuan

jantung berlubang

3 Kanak-Kanak Jantung Berlubang

GEORGETOWN: Tiga kanak-kanak termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang merayu bantuan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan segera masing-masing mencecah RM40,000 di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC).

Rawatan jantung Aiman RM40,000

Muhammad Aiman Noor Hisyam, enam bulan memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM40,000 untuk menjalani pembedahan segera kerana masalah jantung agak kronik.
Bapanya, Noor Hisyam Mohd Yosif, 36, seorang pemandu van di Taiping, Perak memperoleh pendapatan RM823 sebulan, manakala isterinya, Haslina Aminuddin, 31, seorang suri rumah. Mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun.
Noor Hisyam berkata, anaknya semakin kritikal dan perlu dibedah supaya dapat pulih, tetapi pendapatannya tidak mampu menanggung kos berkenaan.

Rawatan jantung K Kukaneswaran RM40,000

Selain itu, K Kukaneswaran yang berusia 12 bulan turut menghidap penyakit yang sama dan memerlukan perbelanjaan pembedahan sebanyak RM40,000.

Bapanya, seorang kurang upaya (OKU), G Kesawan, 45, tidak bekerja, manakala isterinya, Serjit Kaur Shantara Singh, 40, hanya suri rumah dan bergantung bantuan kebajikan yang diterima, selain bantuan saudara mara.

Rawatan jantung Emmer Lee RM40,000

Sementara itu, seorang lagi yang mempunyai masalah jantung dan memerlukan wang RM40,000 bagi pembedahan ialah Emmer Lee, dua tahun.
Bapa Emmer, Lee Yew Pai, 36, seorang tukang masak di Sungai Dua dan hanya memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menghantar cek atau wang pos kepada Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak itu di belakang cek

Tag: jantung

 

Incoming search terms:

Next Page »