Search results for pelan takaful sihat c

PruBSN Takaful Protect

PruBSN Protect
Mereka yang tersayang bergantung kepada kita
Di dalam apa jua yang kita lakukan, kita melakukannya untuk satu matlamat khusus. Matlamat untuk mencapai ketenangan minda pada usia emas dan meninggalkan warisan kepada yang tersayang. Mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat inil adalah pemberian terbaik yang dapat kita berikan kepada mereka. Namun, apakah yang akan kita lakukan jika kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam hidup kita?Tanpa satu pelan yang baik, kita membiarkan mereka yang tersayang tanpa punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka. Adalah penting untuk mempunyai satu perancangan kewangan yang kukuh. Ianya akan memberi anda dan mereka yang tersayang perlindungan yang diperlukan sekiranya sesuatu yang tidak diduga terjadi di dalam kehidupan anda.
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.

 

Apakah PruBSN Protect?

 

PruBSN Protect membantu anda dan keluarga anda bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa atau hilang upaya. Walaupun anda tiada lagi bersama mereka atau pendapatan anda terhenti, PruBSN Protect mampu membantu anda dan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan dengan menyediakan sumber kewangan.Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan.PruBSN Protect. Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.

 

 

Bagaimanakah PruBSN Protect dapat membantu anda?

 

Perlindungan kewangan untuk keluarga anda Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
Perlindungan kewangan untuk anda Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Perlindungan kewangan dalam menghadapi inflasi Dengan PruBSN ProtectPlus, jumlah perlindungan anda meningkat 5% setiap 3 tahun sepanjang tempoh sijil dengan itu memberi perlindungan terhadap inflasi.
Meninggalkan warisan buat yang tersayang Menjamin kesejahteraan kewangan orang tersayang sekiranya anda meninggal dunia.
Menjamin supaya perniagaan anda diteruskan Memberi pampasan kepada rakan niaga anda kerana kehilangan anda sebagai rakan kongsi.
Sumbangan minimum bagi manfaat yang menyeluruh Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.671 sehari!
Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda.
Selamatkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan hutang-piutang anda dan hindarkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan masa depan.
Bantuan kewangan tambahan Nilai yang anda perolehi daripada pelan ini adalah tambahan dari nilai yang dibayar oleh majikan anda jika ada.

1 Anggaran berdasarkan pada umur dan pelan.

 

 

Pilihlah perlindungan yang sesuai untuk anda

 

Jika anda inginkan… Kami menyediakan… PruBSN Protect PruBSN ProtectPlus
Pelan jangka panjang untuk memastikan perlindungan yang sewajarnya bagi mereka yang tersayang Perlindungan terhadap kematian sehingga anda berumur 80 tahun
Pelan yang akan menlindungi anda untuk tempoh yang lebih lama Perlindungan terhadap hilang upaya kekal dan menyeluruh sehingga anda berumur 70 tahun
Perlindungan untuk si kecil Perlindungan untuk anak anda yang bermula seawal umur 14 hari
Pelan yang akan terus menlindungi anak anda sehingga beliau dewasa Kemudahan untuk menukar perlindungan anak anda ke pelan dewasa pada hari lahirnya yang ke-19
Satu pelan perlindungan mampu bayar Pelan berpatutan yang selaras dengan belanjawan anda.
Proses penyertaan yang mudah Penerimaan automatik bagi tahap perlindungan tertentu
Pilihan untuk meningkatkan tahap perlindungan anda Manfaat tambahan untuk melindungi anda terhadap kemalangan. Manfaat tambahan untuk melindungi pendapatan anda
Perlindungan kewangan terhadap inflasi Peningkatan automatik jumlah perlindungan anda setiap 3 tahun
Pelan yang tidak memerlukan anda membayar lebih apabila umur anda semakin meningkat Jumlah sumbangan yang tetap setiap tahun sepanjang tempoh perlindungan anda
ProtectPlus

Carta berikut memberi gambaran peningkatan jumlah perlindungan yang boleg didapati dengan PruBSN ProtectPlus.

 

 

Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Protect anda?

 

Anda boleh meningkatkan perlindungan PruBSN Protect menerusi manfaat-manfaat pilihan tambahan berikut.

Untuk melindungi anda jika berlaku kemalangan
Accidental Death and Disablement (ADD) Memberikan keluarga anda wang tunai jika anda meninggal dunia serta wang tunai kepada anda jika anda hilang upaya akibat kemalangan.
Accidental Medical Reimbursement (AMR) Dapatkan pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan anda jika anda menerima rawatan untuk kemalangan.
Weekly Indemnity (WI) Dapatkan pendapatan mingguan semasa anda mengalami hilang upaya sementara akibat kemalangan.

Nota: AMR dan WI perlu diambil bersama-sama dengan ADD.

Untuk melindungi anda jika hilang sumber pendapatan
Family Income Benefit Memberikan mereka yang tersayang pendapatan bulanan jika anda meninggal dunia, disahkan menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Contributor Membayar sumbangan masa hadapan jika anda telah hilang upaya kekal dan menyeluruh atau disahkan menghidap penyakit kritikal.
Spouse Contributor Membantu membayar sumbangan masa hadapan jika pasangan anda:

  • meninggal dunia, atau
  • disahkan menghidap penyakit kritikal, atau
  • mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Parent Contributor
(hanya boleh diambil jika orang yang dilindungi berumur di bawah 18 tahun pada waktu penyertaan)
Membantu membayar sumbangan masa hadapan jika ibu/bapa kepada orang yang dilindungi:

  • meninggal dunia, atau
  • disahkan menghidap penyakit kritikal, atau
  • mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh.

 

 

Siapakah yang boleh menyertai PruBSN Protect?

 

  • Anda boleh mengambil pelan ini seawal umur 19 tahun sehingga umur 65 tahun.
  • Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal umur 2 minggu.
  • Anda boleh memilih tempoh perlindungan tertakluk kepada minimum 10 tahun dan umur tamat tempoh sehingga 80 tahun.

 

 

Apakah manfaat-manfaat yang diberikan untuk umur 5 tahun ke bawah?

 

Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil.

Umur 1 2 3 4 5 dan ke atas
Peratusan jumlah perlindungan asas yang dibayar 20% 40% 60% 80% 100%

 

 

Berapakah sumbangan bagi PruBSN Protect?

 

Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut:

  • umur anda
  • jumlah dan tempoh perlindungan anda
  • status kesihatan anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)
  • jantina anda
  • kaedah dan kekerapan pembayaran anda

 

 

 

Apakah caj-caj yang dikenakan dalam PruBSN Protect?

 

PruBSN Protect adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan. Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj
Caj wakalah pendahuluan Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta untuk menguruskan dan melabur Dana Tabarru’. Caj sebagai peratusan2 daripada sumbangan anda adalah seperti di bawah.
Tahun sijil 1 2 3 – 4 5 – 6 7 & ke atas
Caj wakalah pendahuluan 75% 55% 35% 20% 0%
Caj sijil Caj sebanyak RM24 dikenakan setiap tahun. Caj ini adalah bagi kos pengurusan sijil anda.
Tabarru’ Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan anda (jika berkenaan) dan jumlah perlindungan sepanjang tempoh perlindungan.

2 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci

 

 

Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan?

 

Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu (ISA) dikongsi di antara anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.

 

 

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?

 

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%3 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%3 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.3 Amaun sebenar bagi lebihan yang boleh diberikan akan diputuskan secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.

Incoming search terms:

« Previous PageNext Page »