Search results for kos rawatan anak di ijn

Mengapa Perlu PruBSN FirstLink

 

Sebelum saya mula saya ingin bertanya apakah persediaan anda sebagai seorang anak sekiranya mengalami kemalangan melibatkan kecederaan otak sebegini:

Seorang ibu yang jauh memikirkan masa depan anaknya

Apakah:
1. Persediaan anda sebagai seorang anak menghadapi mati
i) Adakah hutang kereta, PTPTN telah anda dilangsaikan. Jika belum, bagaimana? Nak biarkan bank tarik kereta dan harta atau nak tinggalkannya sebagai hutang yang membebankan keluarga

ii) Siapakah yang akan menyara kedua ibu pada? Adakah anda meninggalkan wang sara hidup untuk ayah dan ibu yang semakin tua untuk bekerja.

2. Persediaan anda sebagai seorang anak jika anda lumpuh/cacat

Sekiranya anda lumpuh, hanya mampu berbaring dan menangis, siapakah yang akan menjaga dan menyara anda? Apakah ayah dan ibu yang semakin tua itu perlu terus bekerja siang dan malam untuk menyara anda? Sudahlah anda tidak dapat membantu keluarga, membeban ayah dan ibu pula.

3. Persediaan anda sebagai seorang anak untuk membayar kos perubatan

Bagaimana jika otak anda mengalami trauma yang teruk dan memerlukan pakar yang akan menelan kos yang besar? Mana anda nak cari duit? Oh lupa, anda sedang terbaring. Tentulah ayah dan ibu yang perlu berusaha. Mereka akan jualkan segala harta yang ada, kemudian menadah muka berhutang dengan saudara mara untuk cari duit untuk pembedahan anda. Kasihan mereka yang sudah tua dibebankan begitu.

Waktu ini barulah keluar ayat

“KALAULAH ADA INSURAN”

Kita pergi dengan lebih mendalam…

Bila keluar statistik, terpapar ramai orang Islam belum ada perlindungan Insuran/Takaful. Sungguh menyedihkan.. bila ada malang menimpa, mulalah meminta sumbangan sana sini..keluar kat Utusan, kemudian Metro kemudian Nan Siang Pau kemudian TV3..sedar tak sedar hilang ‘izzah’ umat Islam bila meminta-minta..

 Teringat saya hadis yang diiriwayatkan dari Sahabat ‘Abdullah bin Umar Radhiyallahu ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا زَالَ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ، حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِيْ وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ.

“Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain, ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya”.

Inilah balasan bagi orang yang meminta-minta. Di Hari kiamat Allah datangkan kita di Padang Mahsyar dengan ‘less’ daging. Lagi kuat kita meminta-minta, lagi banyaklah daging kita yang kurang. Nauzubillahi min zalik.

Perlu ke perlindungan insuran/takaful ni? Cuba anda hayati kartun ini.
 Tepuk keybord semak baki akaun simpanan dan pelaburan anda, berapa banyak wang anda yang ada. Cukupkah untuk belanja bila

1 – KENA PENYAKIT KRITIKAL

STATISTIK Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5% kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya 5 kes baru setiap jam!

Rekod NUTP pula menunjukkan pada 2004, sebanyak 79 kes penyakit kritikal melibatkan guru dilaporkan, 100 kes pada 2005, 106 kes pada 2006  dan 125 kes pada 2007.
Bagi penyakit barah pula, maklumat Kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser, ini bermakna”
‘ANDA JUGA BERISIKO UNTUK MENGIDAP PENYAKIT JANTUNG DAN BARAH!!’
Lagi fakta:

 

 

 

 

 

Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah anda mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini?

Masihkan anda ingat pada penerima jantung baru, Tan Geek Koon, yang menjalani pindahan jantung disember 2009, di IJN. Kos pembedahan beliau adalah RM310,000
Sekiranya anda ditempatnya dimana anda tiada perlindungan insuran/takaful, apakah pilihan yang anda anda?
(a) Minta derma di surat khabar/TV
(b) Minta ayah dan ibu jual rumah dan pinjam wang dari saudara mara
(c) Minta ayah dan ibu kerja kuat/lebih masa cari wang
(d) Tunggu MATI
Kos perubatan rawatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000. Buktinya:

Chon Kong memerlukan RM350,000 untuk bergembira seperti kanak-kanak lain. Jika tidak dilakukan dengan segera, jantung dan limpanya pula akan rosak

Dahulunya Atiqah memerlukan RM265,000 untuk kembali hidup normal seperti anak-anak kita yang lain.Semoga Allah mencucuri  rahmat kepada arwah adik Atiqah.

Nur Dalila memerlukan RM60,000 pembedahan sum-sum tulang. Jika tidak dilakukan dengan segera, hati dan buah pinggangnya pula akan rosak

Irdina memerlukan RM25,000 untuk kembali bermain seperti kanak-kanak lain. Apakah nasib Irdina sekiranya tidak mendapatkan pembedahan dengan segera??

Nur Amnie memerlukan RM30,000 pembedahan jantung dan salur darahnya. Apakah nasib Nur Amnie sekiranya tidak mendapatkan dana dengan segera??

Mohan Raj memerlukan RM30,000 pembedahan jantung. Apakah nasib Mohan Raj sekiranya tidak mendapatkan pembedahan tidak dilakukan atas sebab tiada wang untuk kos pembedahan??

Bagaimana jika anda dalam senarai seterusnya???

Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini akan membebankan kewangan anda dan keluarga yang tersayang.
Matlamat perlindungan insuran/takaful adalah untuk mengurangkan kesan dan beban kewangan yang timbul daripada penyakit kritikal

2 – HILANG UPAYA/LUMPUH

 Bulan Ogos 2010 adalah detik hitam bagi Adik Mohd Asri yang berusia 18 bulan yang dipatuk ular tedung. Dia disahkan mengalami lumpuh kekal. Adik Mohd Asri Mohd, anak bongsu daripada tiga beradik bukan saja disahkan lumpuh, malah turut mengalami masalah kegagalan fungsi saraf, selepas bisa ular tedung terbabit dikatakan merebak ke otaknya.Dia  bukan saja tidak boleh bergerak, malah dia juga tidak mampu menelan makanan dan hanya meminum susu melalui tiub yang disalurkan melalui hidung terus ke ususnya. Deritanya dia, hanya dia yang merasai.

Lumpuh boleh terjadi dengan pelbagai sebab tanpa diduga seperti kadar garam Potassium yang rendah di dalam darah, kemalangan dan juga demam.

Bersediakah anda untuk meneruskan hidup jika diuji dengan hilang upaya untuk bekerja? Bagaimana dengan sara hidup isteri, anak- anak dan ayah dan ibu yang bergantung hidup pada anda?

Matlamat perlindungan insuran/takaful adalah untuk mengurangkan kesan dan beban kewangan yang timbul daripada penyakit kritikal melalui pampasan gantian pendapatan.
3 – KEMALANGAN

Kemalangan merujuk kepada kejadian yang berlaku secara tidak sengaja. Sebagai contoh kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya. Orang tua selalu kata, malang tak berbau. Seluas manapun lubang hidung seseorang, dia tetap tidak akan dapat bau malang.

Setiap hari dalam surat khabar, pasti ada kes kemalangan. Kat Malaysia ni setiap jam ada orang yang mati kemalangan. Yang masuk hospital pulak berpusu-pusu. Boleh jamin ke anda yang selalu berada atas jalan tak akan dilanggar, melanggar, terbabas, dilibas dll? Statistik kemalangan akan terus meningkat, dan saya atau anda bila-bila masa sahaja boleh berada dalam statistik ini.

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja:

walaupun anda berada dalam rumah sendiri di bilik tidur di tingkat atas

walaupun anda berada dalam pasaraya yang biasa dikunjungi

Walaupun anda berada atas escalator

Walaupun anda sedang lepak bersama kawan

Bersediakah anda untuk meneruskan hidup jika diuji dengan kemalangan dan dipaksa untuk tidak bekerja lagi? Bagaimana dengan sara hidup isteri, anak- anak dan ayah dan ibu yang bergantung hidup pada anda?

 

Jadikanlah ia pengajaran. bersedia sebelum terkena. sengsara!!!

Matlamat perlindungan insuran/takaful adalah untuk menyediakan tabung kecemasan dan  mengatasi masalah kewangan yang diakibatkan oleh kemalangan.

 4 – KEMATIAN

Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.

(riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

Saya dan anda telah dijamin oleh Allah akan mati dengan firmannya ” Setiap yang bernyawa pasti akan mati”. Kita tahu kita akan mati tapi adakah kita bersedia untuk menghadapinya. Kita boleh mati tanpa dijangka seperti penunggang motosikal ini

 

Antara soalan yang akan ditanya semasa kita dihisab adalah soal hutang. Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya

“Adakah mayat ini masih menanggung hutang?” Sahabat menjawab: “Ya, Rasulullah”.Baginda bertanya: “Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya?” Jawab sahabat: “Tidak”. Lalu baginda bersabda: “Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu”. Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya.

 

Lihatlah musibahnya orang mati yang meninggalkan hutang, dan tidak bersedia untuk membayarnya, Rasullullah SAW tak menyembahyangkannya. Mahukah anda termasuk dalam golongan yang ini, mati meninggalkan hutang tanpa menyediakan dana untuk membayar?

 

Fikir jika anda ditakdirkan MATI esok, what will happen dengan hutang anda, nafkah keluarga, pendidikan anak-anak, ibu bapa anda? Semunya memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda merempat, isteri-isteri anda menderita?

 

Hadis Nabi sebangai pedoman

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)”

Perintah Allah sebagai panduan

Terjemahan:
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Cuba kita renungkan maksud terjemahan ayat al-Quran di atas, Allah S.W.T menyuruh para suami menyediakan sejumlah dana sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan selama setahunjika semasa ketiadaannya. Inikan pula kematian, tentulah sejumlah besar dana yang perlu ditinggalkan.

Inilah contoh suami Misali

KESIMPULAN

 

Sekiranya anda sakit @ hilang keupayaan @ cacat @ kemalangan , siapakah yang dalam list hanset anda akan membantu anda? saudara-mara? isteri? anak? kawan? agak-agak lama mana mereka akan membantu bayar bil, menderma kepada anda.Tahukah anda ada suami yang menceraikan isterinya kerana tak nak tanggung bil hospital. Tahukah anda ada isteri yang meninggalkan suaminya yang tetiba lumpuh dan tak berduit?hadapilah realiti kehidupan didunia dengan penuh persediaan..

 

 

 

Demi masa, Sesungguh manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan dengan kebaikan dan berpesan dengan kesabaran

Ambillah peluang sementara masih diberi kesempatan. Ajal datang tidak dapat ditangguh. Ada manusia yang rugi ada manusia yang untung.

 

Kita tidak berjudi sebab judi adalah haram. Tapi dengan tidak mempunyai perlindungan insuran/takaful, sebenarnya kita sedang memperjudikan hidup kita. Setuju tak? Ini saja saya nak kongsikan dengan anda. Kalau nak kongsi lebih lagi silalah hubungi saya, InsyaAllah ada manfaatnya. Segala yang baik dari Allah, segala kekurangan sifat saya sebagai hambaNya.

Ikhlas dari

 

 

Mohd Nazri b. Omar

PruBSN FirstLink

Penting !! Mesti baca ..

Mengapa Anda Memerlukan Medical Card?

Incoming search terms:

« Previous Page