Search results for contoh surat kemasukan hospital

Mengapa kita memerlukan Medical Card?

Mengapa anda memerlukan Medical Card

 

Medical Card

 

Untuk menjelas bil-bil perubatan hospital ada 2 kaedah iaitu:

1. Tanpa Medical Card (Reimbursable Basis)

Tanpa Medical Card adalah perlindungan yang tidak menyeluruh. Ini bermaksud bayaran ditawarkan dalam bentuk elaun harian dan bayaran semula kos harian. Ia memerlukan tindakan anda menyediakan deposit pembayaran, kemudian sediakan  surat jaminan pembayaran(Letter of Guarantee), menerima rawatan kemudian jelaskan bil menggunakan wang sendiri kemudian isi borang tuntutan bersama laporan doktor ajukan kepada Syarikat Insuran/takaful untuk claim

Prosidurnya renyah .. yang paling memilukan anda perlukeluarkan wang sendiri, kemudian baru claim. Macam mana kita nak cari wang untuk biayai rawatan ketika kita sedang sakit? Akibatnya ramai terpaksalah beratur tunggu giliran di Hospital Awam.. apa gunanya ambil insuran/takaful jika tak mampu menjaga kita ketika kita memerlukan?.

Contoh Claim  Tanpa Medical Card:

Katakan kita  mengambil satu polisi dari Syarikat A dengan bayaran RM100/bulan dan dapat elaun harian RM100. Kita kena bedah lutut di hospital awam dan duduk di wadkan selama 10 hari.  Kita akan dapat claim

1- Elaun Harian- 10 hari x RM100 = RM1000
2- Elaun Pembedahan -Syarikat A menawarkan 40 kali ganda dari elaun harian
= 40xRM100 = RM4000.

Jumlah yang kita claim adalah RM5,000,  sedangkan bilnya RM25,000 (seperti dikepilkan di Mengapa Anda Memerlukan Perlindungan Insuran/Takaful ). Kita kena creditkan akaun untuk topup lagi RM 20,000. Sayang sekali simpanan kita untuk kegunaan masa depan terpaksa dikorbankan.

Kelebihan Tanpa Medical Card : kadar premiumnya lebih murah berbanding disertakan dengan Medical Card.

2. Dengan Medical Card (Cashless System)

Dengan Medical Card ia memberi perlindungan menyeluruh, meliputi pembayaran deposit kemasukan hospital, surat jaminan pembayaran(Letter of Guarantee) dan sistem pembayaran tuntutan terus ke pihak hospital.  Ini bermakna pesakit tidak perlu membuat sebarang bayaran dan tuntutan. Pesakit boleh terus masuk hospital walaupun poket kosong. Semua bil perubatan diuruskan antara hospital dan insuran/takaful.

Pilih hospital mana pilihan hati, Bawa medical card, beress .. semuanya online.

 

Yang mana pilihan anda:  kusut memikirkan bil atau nak kan ketenangan?

 

    vs   

Tag: Medical Card

Incoming search terms: