Search results for contoh perbelanjaan bulanan

Urus Buget Tahunan Guna Sampul

Urus Buget Tahunan Dengan Sampul

Salah satu alternatif dalam membuat buget tahunan adalah dengan menggunakan sampul. Kaedah ini bertujuan supaya kita mempunyai dana yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan wajib tahun.

Antara contoh perbelanjaan wajib setiap  tahun:

Awal tahun :
yuran pendidikan, cukai tanah, cukai pintu

Tengah tahun
:
cukai pendapatan, servis major kereta & insuran kereta

Hujung tahun
:
perbelanjaan raya aidilfitri, bercuti bersama anak-anak

Bagaimana mengurus buget tahunan dengan sampul?

Sampul digunakan untuk menyimpan wang gaji setiap bulan mengikut klasifikasi perbelanjaan. Tujuan menggunakan sampul adalah untuk kita alert adanya sampul sedang menunggu untuk di isi setiap kali gaji diterima.

Apa yang perlu dilakukan

  1. Senaraikan buget tahunan wajib
  2. Kira berapa RM yang perlu diperuntukan
  3. Bahagikan peruntukan yang diperlukan kepada 12
  4. Tulis disampul, sebagaimana contoh dibawah

    Tips Kewangan

    Urus BugetTahunan Dengan Sampul

  5. Gunakan! Gunakan apabila sampai tarikhnya

Dengan cara kita menyimpan secara bulanan, kita tidak akan terasa segerombolan wang keluar apabila sampai masanya. Kita juga tidak perlu menunggu bonus/durian runtuh yang belum pasti.

Lastnya, keazaman supaya tidak menggunakan wang dalam sampul tersebut amat diperlukan untuk memastikan buget tahunan tidak sangkut. Anda juga boleh menggunakan “sampul” lain seperti bank, terpulang pada cara paling senang untuk anda.

Incoming search terms:

Next Page »