Search results for asal usul prudential

PruBSN Yahudi?

Hari ni saya dikejutkan dengan seorang kawan. Dia bukanlah agen takaful tetapi dia baru mengambil perlindungan takaful. Tahniah saya ucapkan. Pelik jugak sebab sebelum ni saya dah pun propose PruBSN Takaful untuk dia. Dia pun ambil kertas dan buat 3 bulatan

Bulatan 1 : Prudential Malaysia
Bulatan 2: BSN
Bulatan 3: Prudential HQ (UK)

“Hang boleh jamin ke
1. Prudential yang berurusan cara riba + BSN pun riba akan ada produk yang halal bila sumbernya riba?

2. Duit keuntungan tak mengalir ke Prudential HQ seterusnya mengalir ke orang yahudi.”

PruBSN Yahudi

PruBSN Takaful Yahudi?

MasyaAllah, terkedu saya.. ada jugak orang yang mempromosikan muamalat Islam dengan cara mengeluarkan fatwa semata-mata untuk dapat client.
Saya bukanlah arif dalam agama Islam, cuma dalam kuliah-kuliah yang saya dengar

1. Seseorang yang sebelum memeluk Islam mendapatkan harta dengan mencuri, riba dsb, setelah dia masuk Islam, hartanya yang sedia ada adalah halal walaupun hasil dari merompak. Sekiranya Prudential sudah masuk ke Sistem Islam, adakah harta PRUBSN Takaful jadi HARAM?. Sila tanya ustaz& mufti untuk mengesahkan..Mengapa kita kejam menghukum pada organisasi yang nak menghidupkan muamalat Islam sedangkan kita sendiri adalah orang Islam? Walaupun bapa syarikat PruBSN bukanlah dari syarikat asal Islam, tetapi mereka berminat menjalankan muamalat Islam.

2. Dalam kitab Bimbingan Mukminin – Imam Ghazali menyatakan seseorang cuma boleh mengumpat jika hendak menjauhkan seseorang dari kejahatan. Adakah memegang polisi PruBSN Takaful untuk keselamatan kewangan dikira satu kejahatan?

3. Nabi Muhammad sendiri tidak melarang kita berjual beli dengan Yahudi, SIAPA ANDA hendak berfatwa berdagang dengan Yahudi adalah HARAM?

4. Jika seseorang benar-benar nak memulaukan semua Yahudi, sebenarnya dia tidaklah mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW. Bukankah dikalangan Yahudi masih ada golongan Ahli Kitab? Cuba tengok pakaiaan, komputer orang tersebut, adakah ia bebas dari pengaruh Yahudi?

Pesan saya kepada mereka yang menggabungkan PruBSN dengan Yahudi, hentikanlah perbuatan tersebut, fokuslah pada mengembangkan muamalat Islam dan ingatlah kita akan dihisab apa yang kita perkatakan. Di Malaysia kita bermula dengan sistem kewangan British. Sila semak asal usul & saham syarikat anda sebelum berfatwa. Dan sekiranya anda ingin penjelasan @ berdebat menggunakan fakta untuk kebenaran, anda boleh hubungi saya di talian 0173803178…Wallahu aq’lam.

Incoming search terms: