Search results for apa itu laryngomalacia

Budak Hidap Tujuh Penyakit Perlu Bantuan

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menghidap tujuh jenis penyakit, memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli peralatan perubatan membabitkan kos RM22,600.

Aqil Harits Mohd Najib, anak juruteknik pendingin hawa, Mohd Najib Husain, dan suri rumah, Noriah Abdullah, disahkan menghidap lumpuh otak (cerebral palsy) sejak berusia sembilan bulan.

Noriah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu lahir tidak cukup bulan dan diserang lumpuh otak selepas lambat mendapat rawatan demam kuning.

“Ketika berusia setahun pula, anak saya disahkan menghidap Laryngomalacia, iaitu masalah saluran pernafasan yang sempit sehingga dia terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen.

“Justeru, Aqil menjalani pembedahan ‘tracheostomy’ yang mana lehernya ditebuk dan dipasang tiub bagi memudahkan dia bernafas,” katanya ketika hadir bersama suami dan anaknya itu di Balai Berita di sini, semalam.

Tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan


Selain itu, Aqil Harits juga menghidap penyakit gastro-esophageal reflux, epilepsi, central sleep apnea, insomnia dan pneumonia yang berulang, menyebabkannya tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan, sukar tidur, nafas sering terhenti ketika tidur dan mengalami radang paru-paru.
Noriah berkata, bagi menampung kos rawatan Aqil Harits yang mencecah RM3,000 sebulan, mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang kurang RM2,000 sebulan, selain menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan zakat.

Untuk mengurus dan merawat Aqil Harits di rumah, mereka memerlukan lapan peralatan perubatan yang menelan perbelanjaan berjumlah RM22,600 di mana RM10,000 daripadanya sudah disumbangkan Garden International School.

Orang ramai yang ingin menderma baki RM12,600 diperlukan, boleh menyerahkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd serta menulis nama Aqil Harits Mohd Najib di belakang cek dan menghantarnya kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Incoming search terms: