Persiapan sebelum mati

Tanggunggjawab kita sebelum mati:

1) Memastikan hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah selesai
Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.
(riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

Siapa yang nak bayar hutang kita jika kita sendiri tidak menyediakan instrumen untuk melangsaikan hutang?

2) Memastikan keluarga ada sara hidup selama minima satahun dan sebaik-baiknya 10 tahun. Ini adalah untuk memastikan keluarga kita dapat meneruskan kesinambungan hidup. Firman Allah Taala

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

3) Memastikan pahala yang berterusan sebagai bekalan. Hidup di akhirat adalah kekal abadi. Kita terdedah dengan pelbagai dosa. Untuk “clean up” dosa-dosa ini kita perlu meneruskan amalan yang pahalanya berterusan. Salah satu dari pahala yang berterusan adalah pahala sedekah. Takaful sendiri adalah medium sedekah. Moga-moga dengan berdedekah dalam takaful, kita memperoleh pahala membantu mereka yang memerlukan.

Incoming search terms:

4 thoughts on “Persiapan sebelum mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge