Medical Card Terbaik

Apa Medical Card Terbaik?

Hari ini saya ditanya satu soalan yang biasa saya dan agen-agen insuran/takaful akan jawab : Apa ” medical yang terbaik? “. Agak sukar untuk saya menjawab soalan ini kerana saya tidak ada pengalaman servis semua medical card kecuali dari PruBSN dan PAMB.. dan agak tidak adil saya menjawab kerana sudah tentu saya cenderung pada medical card ini:

Medical Card Terbaik

Bagaimana Menentukan Medical Card Terbaik?

Apabila ditanya soalan medical card terbaik, saya biasanya akan berjenaka dengan prospek sambil menyelitkan mesej diatas. Tidak adil bertanya pada agen kerana tugas agen adalah untuk menjual dan tentunya jawapannya akan bayes. Agen mungkin pakar dalam bidangnya tetapi dia tidak pakar bagi semua syarikat insuran. Saya akan mencadangkan prospek untuk menghubungi hospital berdekatan kediamannya. Prospek perlu mendapatkan feedback dari bahagian admission dan discharge kerana mereka inilah yang sentiasa berhubung dengan syarikat insuran. Asam garam mereka adalah jawapan terbaik bagi menentukan medical card terbaik.

Ada agen yang membawa list senarai pingat yang syarikat mereka menangi. Bagi saya pingat ini bagus untuk membuktikan tetapi perlu di ingat ada syarikat yang tidak fokus pada pingat tetapi servis. Ada juga agen yang membawa keratan akbar (termasuk saya masa mula-mula buat insuran 10thn lalu), tetapi itu tidak bermakna syarikat yang tidak buat press conference tidak bagus. Reputasi yang tersebar dari mulut ke mulut terutama dari kawan dan saudara mara juga boleh dipertimbangkan

So,  Saya Perlukan Masa Untuk Cari Medical Card Terbaik

Ya, benar. Anda memerlukan masa untuk survey medical card terbaik untuk anda. Cuma, di antara masa anda membuat survey, anda perlu sign up dulu medical card sementara masih “layak” . Bak kata peribahasa sudah terantuk baru tengadah. Jangan lewat ada medical semata-mata untuk cari medical card terbaik.

Baca juga ciri-ciri medical card yang bagus

Tag: Medical Card Terbaik

 

 

 

3 thoughts on “Medical Card Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge