Category: Produk PruBSN

Takaful Saver

Apakah Takaful Saver?

Takaful Saver adalah akaun simpanan yang berkait dengan unit trust. Dana-dana yang ditawarkan adalah Dana Urus, Dana bon, Dana Ekuiti dan Dana Ekuiti Dinasti. 95% dari caruman anda akan digunakan untuk membeli unit dalam unit trust dan 5% akan digunakan untuk servis perkhidmatan .

Kenapa Perlu Menyimpan Dalam Takaful Saver

Takaful saver adalah simpanan yang diinsurankan dengan syarat memilih rider Takaful Saver Contibutor / Parent Contributor. Dengan memilih rider ini, simpanan anda dijamin berterusan sekiranya anda/parent ditimpa sakit kritikal/TPD/meninggal dunia.

Sebagai contoh, En. Mawi menyimpan RM200 dalam akaun saver dengan rider contributor. Satu hari En Mawi kemalangan dan terus lumpuh kekal (TPD). Simpanan En Mawi selama ini diteruskan sehingga En. Mawi berumur 70 tahun. Ini bermakna, setiap bulan En Mawi mendapat wang RM200 dan dia boleh mengeluarkan RM200 setiap bulan sehingga dia berumur 60 tahun.

Fasiliti ini tidak ada jika anda menyimpan di bank. Sekiranya seseorang menyimpan di bank dan kemudian dia ditimpa musibah, simpanan tadi akan terberhenti.

Simpanan Dan Pengeluaran Takaful Saver

Takaful saver boleh dimulakan dengan min RM10 setiap bulan dan tidak melebihi 3x ganda premium bulanan.

Untuk pengeluaran, ia boleh dikeluarkan mengikut unit atau RM. Harga unit akan dikira berdasarkan unit pada hari tersebut. Tiada jumlah minima diperlukan. Tetapi saya hanya menguruskan pengeluaran dengan min RM100. Anda akan menerima cek akan dalam masa 2 minggu.

Keuntungan Takaful Saver

Takaful saver dilaburkan dalam unit trust. Harga keuntungan adalah bergantung pada harga entry dan harga jual. Sekiranya anda membeli unit pada harga yang “merah/turun” dan menjual pada harga “hijau/naik”, anda akan beroleh keuntungan. Sebaliknya jika anda membeli pada harga tinggi dan menjual pada harga rendah, anda akan rugi.

Prestasi Dana

Takafulink Funds Report 2008

Takafulink Funds Report 2009

Takafulink Funds Report 2010

Takafulink Funds Report 2011

 

Incoming search terms:

Next Page »